Kepentingan name card dan brochure

 

Name card dan business card yang dalam bahasa Melayunya dipanggil kad nama dan kad perniagaan serta brochure iaitu risalah, adalah salah satu kaedah yang boleh dikatakan tradisional namun masih ada keperluannya di zaman kini.  

Ia sebagai "tiket" untuk memulakan perbualan dan diberikan kepada kelompok sasaran anda sebagai sokongan tambahan pengenalan diri bagi tujuan tertentu terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan walaupun perniagaan sekecil manapun hatta si penjual apam balik, penjual pisang goreng dan nasi lemak perlu juga memilikinya.

Jika digunakan pada waktu yang tepat, ia memudahkan kita untuk saling berhubung dengan memberikan maklumat berkenaan dengan perniagaan atau jawatan kita. Ia juga memudahkan kita menyimpan maklumat tentang pelanggan, pembekal, kawan, peniaga, atau sesiapa sahaja  yang dirasakan perlu diingati atau dihubungi kemudian hari.

Bagi ahli perniagaan, ianya adalah salah satu cara promosi jangka panjang juga jangka pendek serta memudahkan para pelanggan atau bakal pelanggan untuk menghubungi pemilik perniagaan kembali. Potensi kecemerlangan diri dan perniagaan anda bermula dari sekeping kertas!.

Oleh itu ICT Niaga Enterprise melalui blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT, menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara merekabentuk kad nama atau kad bisnes juga risalah dengan menggunakan perisian Microsoft Office Publisher.

Perisian ini biasanya sudah ada di dalam komputer anda kerana ia merupakan pakej yang terdapat dalam Microsoft Office yang turut mengandungi perisian lain seperti Word, Power Point dan Excel.

Untuk maklumat lanjut, sila klik Kursus Asas Microsoft Office Publisher