Belajar komputer di Melaka 2019


Program ini diteruskan lagi untuk tahun 2019 bagi membantu rakyat negeri Melaka memperolehi beberapa asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi komunikasi maklumat dalam kos mampu langgan. 

Ia dibuat secara berjangka pendek dan diajar menggunakan konsep "personal coaching"(bimbingan peribadi) khusus untuk mereka yang :

  1. Tidak boleh menghadiri sesi belajar dalam masa yang lama
  2. Segan untuk menyertai kelas yang ramai orang
  3. Ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan komputer dengan kos murah

Berikut adalah antara kursus yang akan diadakan sepanjang tahun 2019 (mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa) :


1 ) Kursus Asas Komputer


- Anda tidak tahu menggunakan komputer atau tahu sikit-sikit?. Malu nak sertai kelas belajar yang ada ramai orang?.  Tiada masa yang lama untuk kelas komputer yang berminggu-minggu atau berbulan-bulan?.

- Inilah kursus yang sesuai untuk anda kerana kursus yang disediakan dalam program ini diajar secara "personal coaching" (seorang peserta dalam satu sesi) dan mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.


2 ) Kursus Bina Dan Selenggara Blog


-  Sama ada anda telah mempunyai akaun dengan Google atau tidak, anda boleh menggunakan blog sebagai alat yang berkuasa untuk membuat iklan di internet untuk jangka masa pendek dan panjang.


3 ) Kursus Asas Menjual Di Internet


- Sesuai untuk anda yang belum tahu menggunakan internet sebagai alat untuk membuat promosi atau pengiklanan. Walaupun tiada blog atau Facebook, anda masih dapat membuat promosi di internet.


4 ) Kursus Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate


-  Khusus untuk anda yang telah mempunyai blog atau akaun Facebook dan ingin menjana pendapatan secara online tanpa perlu modal duit sebagai permulaan.


5 ) Kursus Pemasaran Facebook


- Khas untuk anda yang belum pernah menggunakan Facebook Page serta Facebook Advertisement (iklan berbayar) untukmembuat promosi.