PERHATIAN !!! Perubahan tempat belajar komputer bagi sesi tahun 2020


Dimaklumkan bahawa Kafe Siber, Pusat ICT Negeri di UTC Melaka akan ditutup sementara bermula 1 Januari 2020 hingga 30 Jun 2020 kerana penggunaan oleh Jabatan Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Melaka.



Oleh kerana program Kelas Belajar Komputer Dan ICT yang menggunakan kemudahan komputer di sini, maka terpaksa membuat beberapa perubahan dalam penganjuran kelas belajar individu. 

Perubahan adalah seperti berikut :

1. Peserta kursus wajib membawa laptop sendiri

2. Lokasi tempat untuk belajar dibuat di ruang rehat tingkat 6 UTC Melaka

3. Harga bagi kursus yang bernilai RM180.00 akan diberi pengurangan RM20.00. Ini bermakna peserta hanya perlu membuat pembayaran yuran kursus jangka pendek ini hanya RM160.00 sahaja.

4. Sebagai pilihan, tenaga pengajar boleh datang ke rumah peserta untuk mengajar kursus yang dipilih. Peserta perlu menyediakan komputer peribadi atau laptop sendiri. Harga kursus untuk cara ini adalah RM250.00 (hanya untuk rumah dalam kawasan tertentu di Melaka sahaja)


* Sebarang perubahan akan dimaklumkan di dalam laman blog ini