Belajar Kursus Asas Komputer melalui aplikasi Zoom


MAKLUMAN TERKINI ( 16 April 2021 ) : Kursus atas talian untuk Kursus Asas Komputer tidak lagi diadakan. Ia hanya diajar di rumah peserta dalam kawasan terpilih sekitar Selangor sahaja.

---------------------------------------------------------------------------------------------

 

Saya sedang merancang untuk membuat sesi "personal coaching" bagi Kursus Asas Komputer secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Cara ini adalah sebagai percubaan untuk memenuhi keperluan bakal peserta yang ingin belajar tanpa perlu saya hadir ke rumahnya. Sasaran jangka masa untuk menyudahkan kursus ini ialah antara 5 atau 6 jam ( sehari sahaja ), mengikut keadaan semasa.

Ianya khusus (khas) untuk peserta yang "sihat fizikal dan emosi".

Untuk sesi belajar Kursus Asas Komputer melalui aplikasi Zoom, bakal peserta akan diberikan nota melalui emel atau dihantar melalui "Whatsapp Document".

Sijil penyertaan akan diposkan kepada peserta.

Berikut adalah keperluan bagi kursus ini :

- Komputer peribadi atau laptop yang mempunyai Web Camera

- Komputer peribadi atau laptop yang dipasang perisian Zoom dan perisian Microsoft Office ( Word, Power Point dan Excel )

- Akaun Google ( untuk memudahkan pendaftaran pada aplikasi Zoom )

- Mempunyai sambungan ke internet dan data yang mencukupi


Yuran Penyertaan :

- Bayaran asal bagi sesi "personal coaching" Kursus Asas Komputer" yang memerlukan saya datang ke rumah peserta untuk mengajar ialah RM250.00 (untuk Melaka dan Negeri Sembilan) dan RM280.00 (untuk Kuala Lumpur dan Selangor)

- Untuk sesi khas pembelajaran melalui aplikasi Zoom ini, harga diturunkan kepada RM200.00 sahaja untuk semua negeri.

- Bayaran deposit tempahan sesi belajar iaitu RM100.00 perlu dibayar AWAL sebelum tiba tarikh penyertaan yang dipersetujui bersama. Baki yuran dibayar sebelum sesi pembelajaran tamat (pada hari yang sama)

PESANAN :

- Tertakluk pada perubahan semasa

- Bakal peserta akan diberi panduan untuk pemasangan (install) aplikasi / software 

- Sesi percubaan 5 minit diberi percuma untuk melihat sama ada perisian Zoom yang dipasang berfungsi dengan baik atau sebaliknya serta untuk melihat kualiti sambungan internet.


Yang berkhidmat,

Ahmad Zaki Abdul Rahim,

- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Pengajar program Belajar Komputer Jangka Pendek



Belajar Kursus Asas Komputer di rumah dalam tahun 2021

 

Promosi belajar komputer di rumah untuk bakal peserta yang tinggal dalam kawasan tertentu di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 2021

Untuk tahun 2021, program "personal coaching" Kursus Asas Komputer di rumah masih diteruskan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada bakal peserta.

Pengajar merangkap pengasas ICT Niaga Enterprise iaitu Ahmad Zaki, akan datang ke rumah peserta di kawasan tertentu sahaja dalam negeri Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Oleh itu sangat perlu menghantar mesej Whatsapp terlebih dahulu untuk kepastian. Jika kawasan rumah peserta terpilih (yang dapat dikunjungi pengajar,  maka segera buat pembayaran deposit untuk menempah tarikh).

Ringkasan maklumat berkenaan dengan nombor untuk hantar mesej Whatsapp, bayaran, syarat-syarat dan pengisian yang ada dalam Kursus Asas Komputer ada pada gambar di bawah :


PASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA DENGAN TELITI DAN MEMAHAMINYA SEBELUM MENGHANTAR MESEJ MELALUI WHATSAPP

Tarikh iklan dikemaskini : 17 Disember 2020

Belajar Kursus Asas Komputer di rumah

SILA BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMKAN IKLAN BERGAMBAR DI ATAS 🙇🙇🙇


BELAJAR KOMPUTER JANGKA PENDEK SECARA PERSONAL COACHING DI RUMAH

Pada  tahun 2020 ini,  cara kursus ini dilaksanakan dengan kaedah "personal coaching Kursus Asas Komputer di rumah".

Ia masih lagi diajar dengan jangka pendek dan ia mengambil masa dalam 5 ke 6 jam untuk disudahkan.  Sesuai untuk mereka yang tidak gemar belajar dalam kelompok yang ramai dan yang tiada masa cuti yang panjang untuk mengikuti kursus komputer yang biasa diadakan di pekan atau bandar. 

Program ini membantu anda yang ingin belajar dengan lebih fokus, menjimatkan masa dengan harga yang rendah. 

Kawasan perkhidmatan  adalah di kawasan terpilih sekitar Melaka,  Negeri Sembilan,  Selangor dan Kuala Lumpur.


BAYARAN :

- kawasan Melaka & Negeri Sembilan = RM250.00

- kawasan Selangor & Kuala Lumpur = RM280.00

( tambahan RM50.00 jika menggunakan laptop milik pengajar )

Klik pautan ----> https://wa.me/message/B6QZGEEGQO4MK1 untuk mesej melalui Whatsapp bagi tempahan tarikh belajar dan mengetahui sama ada lokasi rumah anda terpilih atau tidak.

Belajar komputer di rumah


Bagi tahun 2020 ini, pihak Kelas Belajar Komputer Dan ICT menawarkan sesi pembelajaran kursus secara "personal coaching" di rumah. 

Ianya khas untuk anda yang ingin belajar di dalam keselesaan rumah sendiri. Pengajar dan penganjur (Ahmad Zaki) akan datang ke rumah anda yang berada di kawasan tertentu sahaja sekitar Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kursus jangka pendek yang ditawarkan melalui kaedah ini ialah :

- Kursus Asas Komputer 
( kurang atau lebih 5 jam - RM250 Melaka | RM280.00 - Selangor & Kuala Lumpur )

- Kursus Bina & Selenggara Blog
( kurang atau lebih 5 jam - RM250 - Melaka | RM280.00 - Selangor & Kuala Lumpur )

Deposit tempahan tarikh belajar RM100.00 perlu dibayar awal sebelum tiba tarikh kursus. Nota dan sijil penyertaan akan diberi.

Komputer peribadi atau laptop disediakan oleh peserta sendiri.

Segala urusan harusnya melalui mesej Whatsapp agar segala bukti pembayaran dapat direkodkan.

KLIK ----» https://belajarkomputer.wasap.my untuk menghantar mesej melalui Whatsapp (hanya untuk tempahan tarikh belajar sahaja)