Belajar Kursus Asas Komputer dalam talian

 



MAKLUMAN TERKINI ( 16 April 2021 ) : Kursus atas talian untuk Kursus Asas Komputer tidak lagi diadakan. Ia hanya diajar di rumah peserta dalam kawasan terpilih sekitar Selangor sahaja.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan lain-lain masalah yang ada, sesi "personal coaching" untuk Kursus Asas Komputer terpaksa dibuat secara dalam talian.

Untuk sesi belajar Kursus Asas Komputer dalam talian ( online ), bakal peserta akan diberikan nota melalui emel atau dihantar melalui "Whatsapp Document". 

Sesi percubaan selama 5 minit akan dibuat beberapa hari sebelum mulanya kursus untuk melihat keadaan atau kualiti paparan serta sambungan melalui aplikasi Zoom atau lain-lain aplikasi yang sesuai digunakan.

Sijil penyertaan akan diposkan kepada peserta, dihantar melalui emel ataupun Whatsapp document.


YURAN PENYERTAAN :

- Bayaran asal bagi sesi "personal coaching" Kursus Asas Komputer" yang memerlukan saya datang ke rumah peserta untuk mengajar ialah RM250.00 (untuk Melaka dan Negeri Sembilan) dan RM280.00 (untuk Kuala Lumpur dan Selangor)

- Untuk sesi khas pembelajaran melalui dalam talian ini, harga diturunkan kepada RM200.00 sahaja untuk semua negeri.

- Bayaran deposit tempahan sesi belajar iaitu RM100.00 perlu dibayar sebelum tiba tarikh penyertaan yang dipersetujui bersama. Baki yuran dibayar sebelum sesi pembelajaran tamat (pada hari yang sama)


PESANAN :

- Tertakluk pada perubahan semasa

- Hantar mesej melalui Whatsapp untuk tempahan dan maklumat lanjut. Call tidak akan dijawab jika nombor tidak dikenali


Yang benar,

Ahmad Zaki Abdul Rahim,

- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage

- Pengajar program Belajar Komputer Jangka Pendek

#belajarkomputerdalamtalian #kursusasaskomputer