Belajar komputer di Melaka 2019


Program ini diteruskan lagi untuk tahun 2019 bagi membantu rakyat negeri Melaka memperolehi beberapa asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi komunikasi maklumat dalam kos mampu langgan. 

Ia dibuat secara berjangka pendek dan diajar menggunakan konsep "personal coaching"(bimbingan peribadi) khusus untuk mereka yang :

  1. Tidak boleh menghadiri sesi belajar dalam masa yang lama
  2. Segan untuk menyertai kelas yang ramai orang
  3. Ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan komputer dengan kos murah

Berikut adalah antara kursus yang akan diadakan sepanjang tahun 2019 (mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa) :


1 ) Kursus Asas Komputer


- Anda tidak tahu menggunakan komputer atau tahu sikit-sikit?. Malu nak sertai kelas belajar yang ada ramai orang?.  Tiada masa yang lama untuk kelas komputer yang berminggu-minggu atau berbulan-bulan?.

- Inilah kursus yang sesuai untuk anda kerana kursus yang disediakan dalam program ini diajar secara "personal coaching" (seorang peserta dalam satu sesi) dan mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.


2 ) Kursus Bina Dan Selenggara Blog


-  Sama ada anda telah mempunyai akaun dengan Google atau tidak, anda boleh menggunakan blog sebagai alat yang berkuasa untuk membuat iklan di internet untuk jangka masa pendek dan panjang.


3 ) Kursus Asas Menjual Di Internet


- Sesuai untuk anda yang belum tahu menggunakan internet sebagai alat untuk membuat promosi atau pengiklanan. Walaupun tiada blog atau Facebook, anda masih dapat membuat promosi di internet.


4 ) Kursus Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate


-  Khusus untuk anda yang telah mempunyai blog atau akaun Facebook dan ingin menjana pendapatan secara online tanpa perlu modal duit sebagai permulaan.


5 ) Kursus Pemasaran Facebook


- Khas untuk anda yang belum pernah menggunakan Facebook Page serta Facebook Advertisement (iklan berbayar) untukmembuat promosi.

Promosi Jimat Belajar Komputer di Tahun Baharu 2019



ICT Niaga Enterprise dengan sukacitanya memaklumkan sedang membuat promosi pengurangan harga yuran belajar komputer jangka pendek bersempena tahun baru 2019.

Semua kursus yang berharga RM180.00 menjadi RM150.00 sahaja (untuk tempahan yang dibuat pada 1 hingga 3 Januari 2019 sahaja). Tarikh mula belajar bermula seawal 3 Januari 2019.

Kursus diadakan di UTC Melaka setelah bakal peserta membuat bayaran deposit tempahan tarikh belajar.

Kursus yang termasuk dalam promosi ini :

- Kursus Asas Komputer
- Kursus Bina & Selenggara Blog


#promositahunbaru2019 #kursusasaskomputer #kursusjangkapendek #utcmelaka

Khidmat membuat dan selenggara blog di Melaka


Salam sejahtera.

Kelas Belajar Komputer & Internet (KBKI) kini telah menawarkan perkhidmatan membuat dan menyelenggara (update / kemaskini) blog khas untuk usahawan suri rumah, usahawan atau peniaga sambilan dan juga usahawan IKS / PKS. KBKI melalui ICT Niaga Enterprise akan memastikan tiap blog yang ditempah atau dikemaskini akan diperbaiki kod aturcaranya (SEO) serta lain-lain yang berkaitan agar blog itu mempunyai peratusan yang lebih baik atau tinggi untuk dijumpai dalam internet.

Selain dari laman web sosial seperti Facebook, teknologi blog dilihat semakin berkembang dengan menjadi landasan utama khususnya bagi usahawan atau mereka yang berniaga membuat hebahan tentang perniagaan masing-masing.  Lebih-lebih lagi apabila syarikat enjin carian laman web (web browser search engine) Google telah membeli syarikat penyedia blog "Blogger.com" dari syarikat Pyra Labs, menjadikan pemasaran perniagaan melalui blog semakin positif.

Blog bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk pemasaran perniagaan, malah ia boleh juga dijadikan sebagai landasan untuk individu tertentu seperti penghibur ataupun artis mengiklankan bakat serta perkhidmatan, mengumpul dan bertemu peminat secara dalam talian (online). Dengan pelbagai fungsi yang boleh ditambah pada sesebuah blog, menjadikan blog sebagai media paling efektif dalam strategi "marketing".

Berikut adalah pakej perkhidmatan membuat dan selenggara blog yang ditawarkan :

Pakej Usahawan  - A

RM150.00 (blog baru)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog yang lain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - B

RM90.00 (blog baru)
- Melibatkan penggunaan template ( latar belakang ) blog yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - C

RM60.00 (blog sedia ada)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog selain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot