Kursus PhotoScape


PhotoScape adalah program penyuntingan grafik yang ringkas tetapi menarik, dibangunkan oleh MOOII Tech, Korea. Konsep asas PhotoScape adalah 'mudah dan menyeronokkan', jadi yang membolehkan pengguna dengan mudah mengedit gambar yang diambil melalui kamera digital atau telefon mudah alih di pc dekstop mahupun notebook serta laptop.  

PhotoScape menyediakan antara muka pengguna yang mudah untuk melaksanakan penambahbaikan foto biasa termasuk pelarasan warna, memotong, saiz semula, animasi GIF dan mencantikkan gambar.

Kelas Belajar Komputer dan ICT telah menyediakan kursus subjek tunggal serta memberikan anda peluang untuk mempelajari perisian PhotoScape.

Malah hanya dengan menyertai kursus jangka pendek ini, anda sudah boleh membuat sendiri rekaan gambar digital dalam bentuk yang lebih menarik perhatian para pelawat blog atau laman web anda atau sesiapa sahaja yang membaca helaian iklan anda

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Kepentingan name card dan brochure

 

Name card dan business card yang dalam bahasa Melayunya dipanggil kad nama dan kad perniagaan serta brochure iaitu risalah, adalah salah satu kaedah yang boleh dikatakan tradisional namun masih ada keperluannya di zaman kini.  

Ia sebagai "tiket" untuk memulakan perbualan dan diberikan kepada kelompok sasaran anda sebagai sokongan tambahan pengenalan diri bagi tujuan tertentu terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan walaupun perniagaan sekecil manapun hatta si penjual apam balik, penjual pisang goreng dan nasi lemak perlu juga memilikinya.

Jika digunakan pada waktu yang tepat, ia memudahkan kita untuk saling berhubung dengan memberikan maklumat berkenaan dengan perniagaan atau jawatan kita. Ia juga memudahkan kita menyimpan maklumat tentang pelanggan, pembekal, kawan, peniaga, atau sesiapa sahaja  yang dirasakan perlu diingati atau dihubungi kemudian hari.

Bagi ahli perniagaan, ianya adalah salah satu cara promosi jangka panjang juga jangka pendek serta memudahkan para pelanggan atau bakal pelanggan untuk menghubungi pemilik perniagaan kembali. Potensi kecemerlangan diri dan perniagaan anda bermula dari sekeping kertas!.

Oleh itu ICT Niaga Enterprise melalui blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT, menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara merekabentuk kad nama atau kad bisnes juga risalah dengan menggunakan perisian Microsoft Office Publisher.

Perisian ini biasanya sudah ada di dalam komputer anda kerana ia merupakan pakej yang terdapat dalam Microsoft Office yang turut mengandungi perisian lain seperti Word, Power Point dan Excel.

Untuk maklumat lanjut, sila klik Kursus Asas Microsoft Office Publisher

Kursus Asas Microsoft Office Publisher

Microsoft Office Publisher adalah program penerbitan perniagaan yang membantu anda mencipta, reka bentuk, dan menerbitkan bahan-bahan pemasaran dan komunikasi profesional. Anda boleh membuat bahan-bahan untuk cetak, e-mel, dan web dengan persekitaran tugas berasaskan intuitif yang membimbing anda membuat kerja-kerja rekaan yang telah dipermudahkan dengan panduan yang disediakan pada halaman kerja.

Kelas Belajar Komputer dan ICT telah menyediakan kursus subjek tunggal serta memberikan anda peluang untuk mempelajari perisian Microsoft Office Publisher.  Malah hanya dengan menyertai kursus jangka pendek ini, anda sudah boleh membuat sendiri rekaan kad nama atau kad perniagaan (business card) dan helaian iklan (flyers advertisment).

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....