Kursus Asas Komputer ( personal teacher ) tahun 2022

 



Sesi mengajar Kursus Asas Komputer ( jangka pendek : lebih kurang 6 jam sahaja, dihabiskan pada satu hari ) di rumah peserta di dalam kawasan terpilih di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

𝑺𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕-𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒕𝒂𝒊 𝒔𝒆𝒔𝒊 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔 𝑨𝒔𝒂𝒔 𝑲𝒐𝒎𝒑𝒖𝒕𝒆𝒓 :

1) Hanya peserta yang belum tahu atau kurang mahir dalam penggunaan asas komputer sahaja dibenarkan menyertai kursus ini.

2) Umur peserta antara 17 hingga 50 tahun.

3) Di rumah ada ruang yang selesa dan tiada sebarang bentuk gangguan.

4) Peserta tiada sebarang bentuk masalah kesihatan atau masalah pembelajaran.

5) Beritahu lokasi rumah ( alamat lengkap ) dan tarikh yang dikehendaki. Lokasi dan tarikh akan dipertimbangkan sama ada boleh atau tidak.

6) Pembayaran deposit tempahan tarikh belajar dibuat beberapa hari sebelum tiba tarikh yang dipilih dan dipersetujui bersama. Baki yuran dibayar semasa kursus bermula.

7) 𝙎𝙚𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙣𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 dan wajib beritahu awal beberapa hari sebelum tiba tarikh yang dipilih itu.

8) Jika 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙖𝙩𝙖𝙡𝙖𝙣 dibuat pihak peserta, wang deposit tidak akan dipulangkan.

Yang benar,
Ahmad Zaki,
- Pengasas ICT Niaga
- Mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage
- Pengajar kursus komputer jangka pendek



Tarikh kemaskini iklan : 1 Janujari 2023

Kursus Asas Komputer diajar secara "one by one" di rumah

 



BACA DENGAN TELITI SEBELUM HANTAR MESEJ 👆👀👇


Kursus Asas Komputer  merupakan kursus jangka pendek, yang diajar secara "one by one" atau "personal teacher", iaitu seorang pengajar mengajar seorang peserta dalam jangka masa lebih kurang 6 jam ( termasuk masa rehat ) dalam sehari sahaja. DIAJAR DI RUMAH PESERTA.


Buat masa ini, ia hanya untuk bakal peserta yang tinggal di dalam kawasan tertentu di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.


Peserta diajar subjek atau perkara asas yang biasa diperlukan dalam penggunaan komputer bagi menjimatkan masa dan memudahkan kefahaman peserta. 

Setelah mengikuti Kursus Asas Komputer ini dengan besertakan nota yang diberi, peserta boleh membuat ulangkaji dan latihan secara sendiri di rumah setelah tamat sesi belajar. 

Kemahiran dalam penggunaan komputer akan diperolehi oleh peserta dengan sendirinya setelah peserta kerap menggunakan komputer dalam urusan seharian.

Dalam erti kata lain dengan menyertai kursus jangka pendek ini, peserta dapat menjimatkan duit dan masa.

Peserta akan dapat sijil penyertaan setelah habis belajar dan melengkapi pembayaran penuh yuran penyertaan.

Rujuk gambar di atas untuk mengetahui maklumat penting sebelum menghantar mesej Whatsapp untuk tempahan tarikh belajar.

#kursusjangkapendek #kursusasaskomputer


* Iklan diterbitkan pada : 21 September 2021

Salah faham dan salah tafsiran : Saya mohon kemaafan

 


Saya menerima banyak mesej yang bertanya soalan yang sama. Dalam iklan telah dinyatakan lokasi dan cara kursus diajar. 

Setiap kali menjawab soalan melalui mesej Whatsapp, saya akan cuba ringkaskan jawapan dna cuba jawab dengan ayat yang normal dan sebaik yang mungkin ( kebanyakkan ayat dari copy - paste ). Tapi akan ada orang yang salah anggap dan membaca mesej dengan fikiran serta nada suara yang negatif. 

Masing-masing ada masalah peribadi terutamanya dikala PKP ini. Maafkan saya kerana tidak dapat bermanis mulut pada setiap masa.

Paling penting, perkataan yang saya guna tidak mencarut atau memaki si penghantar mesej. Namun si penghantar mesej tidak boleh dinasihati dan mahu dibelai sahaja rupa-rupanya... 🤦😞




Yang disalah anggap,

* Ahmad Zaki

- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Pengajar Kelas Belajar Komputer dan ICT

- Mantan Panel Penasihat Industri, bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage