Khidmat membuat dan selenggara blog di Melaka


Salam sejahtera.

Kelas Belajar Komputer & Internet (KBKI) kini telah menawarkan perkhidmatan membuat dan menyelenggara (update / kemaskini) blog khas untuk usahawan suri rumah, usahawan atau peniaga sambilan dan juga usahawan IKS / PKS. KBKI melalui ICT Niaga Enterprise akan memastikan tiap blog yang ditempah atau dikemaskini akan diperbaiki kod aturcaranya (SEO) serta lain-lain yang berkaitan agar blog itu mempunyai peratusan yang lebih baik atau tinggi untuk dijumpai dalam internet.

Selain dari laman web sosial seperti Facebook, teknologi blog dilihat semakin berkembang dengan menjadi landasan utama khususnya bagi usahawan atau mereka yang berniaga membuat hebahan tentang perniagaan masing-masing.  Lebih-lebih lagi apabila syarikat enjin carian laman web (web browser search engine) Google telah membeli syarikat penyedia blog "Blogger.com" dari syarikat Pyra Labs, menjadikan pemasaran perniagaan melalui blog semakin positif.

Blog bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk pemasaran perniagaan, malah ia boleh juga dijadikan sebagai landasan untuk individu tertentu seperti penghibur ataupun artis mengiklankan bakat serta perkhidmatan, mengumpul dan bertemu peminat secara dalam talian (online). Dengan pelbagai fungsi yang boleh ditambah pada sesebuah blog, menjadikan blog sebagai media paling efektif dalam strategi "marketing".

Berikut adalah pakej perkhidmatan membuat dan selenggara blog yang ditawarkan :

Pakej Usahawan  - A

RM150.00 (blog baru)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog yang lain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - B

RM90.00 (blog baru)
- Melibatkan penggunaan template ( latar belakang ) blog yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - C

RM60.00 (blog sedia ada)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog selain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot




Kursus Komputer Jangka Pendek tahun 2018


SENARAI KURSUS JANGKA PENDEK YANG DIJALANKAN SECARA "PERSONAL COACHING" SEPANJANG TAHUN 2018  DI MELAKA ( klik tajuk kursus di bawah untuk membaca maklumat lanjut ) :

1. Kursus Asas Komputer (RM180 : 2 hari / 6 JAM)
 - Pelajari asas penjagaan dan penggunaan komputer serta mengenali peralatan komputer

2. Kursus Bisnes Affiliate (RM100 : 1 hari / 3 JAM)
- Memperolehi pendapatan sampingan dengan cara mudah atau kos murah dengan hanya online menggunakan komputer atau telefon pintar


3. Kursus Asas Menjual Secara Online (RM100 : 1 hari / 3 JAM)
- Pelajari cara memasarkan (memperkenalkan) perkhidmatan serta produk ke dalam internet dengan cara termudah tanpa memerlukan Facebook atau blog sendiri

4. Kursus Bina dan Selenggara Blog (RM180 : 2 hari / 6 JAM)
- Memperkenalkan perkhidmatan, produk ataupun berkongsi hobi serta pengalaman kepada komuniti (pengguna) internet di Malaysia ataupun seluruh dunia.


Melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT, bakal peserta akan dapat menjimatkan masa belajar dan kos yuran.

Tempah sesi belajar sekarang juga 

Whatsapp / Telegram : Ol23l237O5

Klik link berikut untuk baca biodata penganjur / pengajar : http://kelas-ict.blogspot.my/p/biodata-penganjur.html

Promosi Harga Jimat Bulan Merdeka 2017


Promosi pengurangan harga yuran Kelas Belajar Komputer Dan ICT kembali lagi.... 

Sempena bulan kemerdekaan Ogos 2017, ICT Niaga Enterprise akan memberi pengurangan harga pada yuran kursus jangka pendek terpilih. 

(Sila rujuk maklumat di bawah)

Kursus yang terpilih untuk promosi bulan kemerdekaan ialah : 

»  Kursus Asas Komputer
» Kursus Bina & Selenggara Blog

- Harga Asal RM180.00
- Harga Promosi RM160.00

Tawaran sah bermula dari 3 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017. Bayaran deposit tempahan harus dibuat selewatnya 2 hari awal sebelum tarikh sebenar kursus, bagi memudahkan pengaturan jadual.