Kursus Asas Komputer di tahun 2026

 

Kursus Asas Komputer ini diajar secara personal di rumah peserta dalam lebih kurang 6 jam (1 hari sahaja). 

Baca dengan teliti maklumat di bawah :

𝑺𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕-𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒕𝒂𝒊 𝒔𝒆𝒔𝒊 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔 𝑨𝒔𝒂𝒔 𝑲𝒐𝒎𝒑𝒖𝒕𝒆𝒓 :

1 ) Hanya peserta yang belum tahu atau kurang mahir dalam penggunaan asas komputer sahaja dibenarkan menyertai kursus ini.

2 ) Umur peserta antara 15 hingga 50 tahun.

3 ) Di rumah ada ruang yang selesa dan tiada sebarang bentuk gangguan.

4) Laptop atau pc disediakan oleh peserta sendiri. Saya hanya datang mengajar.

5 ) Peserta tiada sebarang bentuk masalah kesihatan atau masalah pembelajaran yang terlalu ketara.

6 ) Beritahu lokasi rumah ( alamat lengkap ) dan tarikh yang dikehendaki. Lokasi dan tarikh akan dipertimbangkan sama ada boleh atau tidak.

7 ) Pembayaran deposit tempahan tarikh belajar dibuat beberapa hari sebelum tiba tarikh yang dipilih dan dipersetujui bersama. Baki yuran dibayar semasa kursus bermula.

8 ) 𝙎𝙚𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙣𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 dan wajib beritahu awal beberapa hari sebelum tiba tarikh yang dipilih itu.

9 )  Jika 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙖𝙩𝙖𝙡𝙖𝙣 dibuat pihak peserta, wang deposit tidak akan dipulangkan.

#kursusasaskomputer #kursusjangkapendek #PersonalTeacher #gurupersendirian #guruperibadi  #Selangor #KualaLumpur #NegeriSembilan #Melaka