Memaparkan catatan dengan label Promosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Promosi. Papar semua catatan

Belajar komputer di rumah


Bagi tahun 2020 ini, pihak Kelas Belajar Komputer Dan ICT menawarkan sesi pembelajaran kursus secara "personal coaching" di rumah. 

Ianya khas untuk anda yang ingin belajar di dalam keselesaan rumah sendiri. Pengajar dan penganjur (Ahmad Zaki) akan datang ke rumah anda yang berada di kawasan tertentu sahaja sekitar Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kursus jangka pendek yang ditawarkan melalui kaedah ini ialah :

- Kursus Asas Komputer 
( kurang atau lebih 5 jam - RM250 Melaka | RM280.00 - Selangor & Kuala Lumpur )

- Kursus Bina & Selenggara Blog
( kurang atau lebih 5 jam - RM250 - Melaka | RM280.00 - Selangor & Kuala Lumpur )

Deposit tempahan tarikh belajar RM100.00 perlu dibayar awal sebelum tiba tarikh kursus. Nota dan sijil penyertaan akan diberi.

Komputer peribadi atau laptop disediakan oleh peserta sendiri.

Segala urusan harusnya melalui mesej Whatsapp agar segala bukti pembayaran dapat direkodkan.

KLIK ----» https://belajarkomputer.wasap.my untuk menghantar mesej melalui Whatsapp (hanya untuk tempahan tarikh belajar sahaja)

Belajar komputer di Melaka 2019


Program ini diteruskan lagi untuk tahun 2019 bagi membantu rakyat negeri Melaka memperolehi beberapa asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi komunikasi maklumat dalam kos mampu langgan. 

Ia dibuat secara berjangka pendek dan diajar menggunakan konsep "personal coaching"(bimbingan peribadi) khusus untuk mereka yang :

  1. Tidak boleh menghadiri sesi belajar dalam masa yang lama
  2. Segan untuk menyertai kelas yang ramai orang
  3. Ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan komputer dengan kos murah

Berikut adalah antara kursus yang akan diadakan sepanjang tahun 2019 (mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa) :


1 ) Kursus Asas Komputer


- Anda tidak tahu menggunakan komputer atau tahu sikit-sikit?. Malu nak sertai kelas belajar yang ada ramai orang?.  Tiada masa yang lama untuk kelas komputer yang berminggu-minggu atau berbulan-bulan?.

- Inilah kursus yang sesuai untuk anda kerana kursus yang disediakan dalam program ini diajar secara "personal coaching" (seorang peserta dalam satu sesi) dan mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.


2 ) Kursus Bina Dan Selenggara Blog


-  Sama ada anda telah mempunyai akaun dengan Google atau tidak, anda boleh menggunakan blog sebagai alat yang berkuasa untuk membuat iklan di internet untuk jangka masa pendek dan panjang.


3 ) Kursus Asas Menjual Di Internet


- Sesuai untuk anda yang belum tahu menggunakan internet sebagai alat untuk membuat promosi atau pengiklanan. Walaupun tiada blog atau Facebook, anda masih dapat membuat promosi di internet.


4 ) Kursus Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate


-  Khusus untuk anda yang telah mempunyai blog atau akaun Facebook dan ingin menjana pendapatan secara online tanpa perlu modal duit sebagai permulaan.


5 ) Kursus Pemasaran Facebook


- Khas untuk anda yang belum pernah menggunakan Facebook Page serta Facebook Advertisement (iklan berbayar) untukmembuat promosi.

Promosi Jimat Belajar Komputer di Tahun Baharu 2019



ICT Niaga Enterprise dengan sukacitanya memaklumkan sedang membuat promosi pengurangan harga yuran belajar komputer jangka pendek bersempena tahun baru 2019.

Semua kursus yang berharga RM180.00 menjadi RM150.00 sahaja (untuk tempahan yang dibuat pada 1 hingga 3 Januari 2019 sahaja). Tarikh mula belajar bermula seawal 3 Januari 2019.

Kursus diadakan di UTC Melaka setelah bakal peserta membuat bayaran deposit tempahan tarikh belajar.

Kursus yang termasuk dalam promosi ini :

- Kursus Asas Komputer
- Kursus Bina & Selenggara Blog


#promositahunbaru2019 #kursusasaskomputer #kursusjangkapendek #utcmelaka

Khidmat membuat dan selenggara blog di Melaka


Salam sejahtera.

Kelas Belajar Komputer & Internet (KBKI) kini telah menawarkan perkhidmatan membuat dan menyelenggara (update / kemaskini) blog khas untuk usahawan suri rumah, usahawan atau peniaga sambilan dan juga usahawan IKS / PKS. KBKI melalui ICT Niaga Enterprise akan memastikan tiap blog yang ditempah atau dikemaskini akan diperbaiki kod aturcaranya (SEO) serta lain-lain yang berkaitan agar blog itu mempunyai peratusan yang lebih baik atau tinggi untuk dijumpai dalam internet.

Selain dari laman web sosial seperti Facebook, teknologi blog dilihat semakin berkembang dengan menjadi landasan utama khususnya bagi usahawan atau mereka yang berniaga membuat hebahan tentang perniagaan masing-masing.  Lebih-lebih lagi apabila syarikat enjin carian laman web (web browser search engine) Google telah membeli syarikat penyedia blog "Blogger.com" dari syarikat Pyra Labs, menjadikan pemasaran perniagaan melalui blog semakin positif.

Blog bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk pemasaran perniagaan, malah ia boleh juga dijadikan sebagai landasan untuk individu tertentu seperti penghibur ataupun artis mengiklankan bakat serta perkhidmatan, mengumpul dan bertemu peminat secara dalam talian (online). Dengan pelbagai fungsi yang boleh ditambah pada sesebuah blog, menjadikan blog sebagai media paling efektif dalam strategi "marketing".

Berikut adalah pakej perkhidmatan membuat dan selenggara blog yang ditawarkan :

Pakej Usahawan  - A

RM150.00 (blog baru)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog yang lain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - B

RM90.00 (blog baru)
- Melibatkan penggunaan template ( latar belakang ) blog yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - C

RM60.00 (blog sedia ada)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog selain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot




Promosi Harga Jimat Bulan Merdeka 2017


Promosi pengurangan harga yuran Kelas Belajar Komputer Dan ICT kembali lagi.... 

Sempena bulan kemerdekaan Ogos 2017, ICT Niaga Enterprise akan memberi pengurangan harga pada yuran kursus jangka pendek terpilih. 

(Sila rujuk maklumat di bawah)

Kursus yang terpilih untuk promosi bulan kemerdekaan ialah : 

»  Kursus Asas Komputer
» Kursus Bina & Selenggara Blog

- Harga Asal RM180.00
- Harga Promosi RM160.00

Tawaran sah bermula dari 3 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017. Bayaran deposit tempahan harus dibuat selewatnya 2 hari awal sebelum tarikh sebenar kursus, bagi memudahkan pengaturan jadual.

Promosi Bulan Ramadhan 2017



Sempena bulan Ramadhan yang dijangka akan bermula pada 27 May 2017, Kelas Belajar Komputer Dan ICT, melalui ICT Niaga Enterprise ingin memberi diskaun ke atas kursus-kursus jangka pendek - "personal coaching" terpilih.

Kursus yang terpilih untuk diberi diskaun harga yuran penyertaan ialah Kursus Asas Komputer dan Kursus Bina Dan Selenggara Blog


Berikut adalah maklumat kursus dan harga yang telah diberi diskaun :


Nama Kursus :                                                                    
Kursus Asas Komputer ( 6 jam / 2 hari )

Harga Asal :                   
RM 180.00            

Harga Diskaun :
RM140.00

**********************************************************

Nama Kursus :
Kursus Bina Dan Selenggara Blog  ( 6 jam / 2 hari )    

Harga Asal :
RM 180.00            

Harga Diskaun :
RM140.00


Harga diskaun ini bermula hanya dari awal bulan puasa ( Ramadhan ) hingga akhir bulan Ramadhan 2017 sahaja.

Hanya sesi pagi sahaja yang diadakan untuk bakal peserta.


Tempahan awal perlu dibuat sebelum menyertai kursus yang dinyatakan di atas. Hubungi nombor berikut untuk menempah sesi pembelajaran  :


Whatsapp : 0l23l237O5 
(Ahmad Zaki - Pengajar / Penganjur)





Kursus berkaitan komputer dan ict dalam tahun 2017


SENARAI LIMA KURSUS JANGKA PENDEK YANG DIJALANKAN SECARA "PERSONAL COACHING" SEPANJANG TAHUN 2017  ( klik tajuk kursus di bawah untuk membaca maklumat lanjut ) :

1. Kursus Asas Komputer (RM180 : 2 hari / 6 JAM)

2. Kursus Bisnes Affiliate (RM100 : 1 hari / 3 JAM)

3. Kursus Asas Menjual Secara Online (RM100 : 1 hari / 3 JAM)


4. Kursus Bina dan Selenggara Blog (RM180 : 2 hari / 6 JAM)

5. Kursus Asas Usahawan Di Internet (RM280 / lebih kurang 6 JAM)


Melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT, bakal peserta akan dapat menjimatkan masa belajar dan kos yuran.

Tempah sesi belajar sekarang juga 

Whatsapp / Wechat : Ol23l237O5

Klik link berikut untuk baca biodata penganjur / pengajar ----> http://kelas-ict.blogspot.my/p/biodata-penganjur.html

Program Mudahnya ICT : menyuburkan asas budaya ICT


Langsung tak tahu mengenai asas penggunaan komputer atau internet?. Nak belajar tapi bajet duit dah lari?

Nah...kini Kelas Belajar Komputer Dan ICT telah mereka (membuat) satu kursus khas untuk permulaan pembelajaran mudah mengenai komputer atau ICT (Information Communication Technology).

Dengan menyertai "PROGRAM MUDAHNYA ICT", anda dapat mempelajari perkara asas mengenai pengenalan komputer dan menggunakannya dengan harga yang cukup murah iaitu dengan harga pengenalan RM50.00 sahaja

Peserta bakal mendapat sijil penyertaan selepas tamat kursus.


Berikut adalah butiran mengenai program ini :

Nama Kursus :

- Program Mudahnya ICT

Jangka masa kursus :

- 1 hari ( 2 jam )

Bayaran :

- RM50.00

 Subjek  :

- Pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)
 
- Perkakasan & perisian komputer  
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain

- Penggunaan Microsoft Words 
    (menaip surat & mengubahsuai dokumen)


Bayaran tempahan perlu dibuat DUA hari sebelum tiba tarikh yang dipilih.


Sila hubungi nombor Whatsapp di bawah untuk tempahan waktu belajar :

Ol23l237O5


Yang benar,

Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim,
*Pengasas ICT Niaga Enterprise
*Panel Penasihat Industri, Unifield International College
*Dealer ONEXOX


Kursus berkaitan komputer dan ICT di luar Melaka


NAK BELAJAR KOMPUTER DAN ICT DALAM KESELESAAN RUMAH ATAU TEMPAT ANDA?

Asalnya program Kelas Belajar Komputer Dan ICT hanya dijalankan di Melaka sahaja. Namun atas permintaan yang menggalakkan, ia kini diadakan untuk mereka yang berada di luar Melaka.

Anda kini boleh menjemput Pengasas ICT Niaga Enterprise iaitu saudara Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim untuk hadir ke rumah dan tempat anda untuk melaksanakan kursus-kursus pilihan.

Sijil penyertaan diberi.

Syarat Utama :

-Buat bayaran tempahan awal 3 hari dari tarikh pilihan.

-Ada komputer (laptop) sendiri.

-Ada internet (diperlukan jika melibatkan kursus² tertentu sahaja).

-Jumlah peserta sekurangnya 3 orang (maksimum 6 orang).

-Mempunyai lokasi atau persekitaran yang sesuai untuk menjalankan kursus.

-Jika keadaan memerlukan, anda perlu menyediakan tempat tidur / rehat untuk beliau semalam.

Senarai Kursus Jangka Pendek :
(Tertakluk pada perubahan semasa) 

Kursus Asas Komputer (6 jam)

Kursus Bisnes Affiliate Melalui Blog (3 jam)

Kursus Asas Bina dan Selenggara Blog (6 jam)

Pakej Kursus Asas Usahawan Di Internet (6 jam)

**************************************************

Hubungi untuk tempahan waktu belajar :

Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim
-Pengasas ICT Niaga Enterprise
-Panel Penasihat Industri, Unifield International College (bagi Diploma Sains Komputer Multimedia)

No.tel : Ol23123705


Mana tempat nak belajar komputer di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur ?



Macam mana nak dapat tempat untuk belajar komputer di Melaka, yang tidak ambil masa yang lama, tidak terlalu serius, belajar dalam keadaan santai dan belajar dengan kaedah "one to one" (personal coaching) di rumah?

Ya, anda telah benar-benar tiba di blog yang membantu anda secara betul untuk menguasai asas-asas komputer dan ICT.  ICT Niaga  adalah penganjur bagi Kelas Belajar Komputer Dan ICT dengan pengalaman pemiliknya lebih 10 tahun dalam bidang asas kepenggunaan komputer dan dunia ICT.  

Pemiliknya iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim merupakan Panel Penasihat Industri, Unifield International Collage (a.k.a Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah) untuk Diploma Sains Komputer (Multimedia) sejak tahun 2014.

Konsep utama untuk cara pengendalian kursus yang diamalkan di sini ialah "personal coaching" di rumah peserta sendiri. Pelajar (peserta) TIDAK dikumpulkan dalam satu kelas yang ramai orang. Hanya satu orang untuk satu sesi. Dengan cara ini, fokus dan penumpuan serta perhatian perserta kursus menjadi semakin tinggi dan mudah memahami apa yang diajarkan.  

Ia juga sesuai untuk peserta yang merasa segan untuk belajar secara ramai dalam satu sesi.

BELAJAR KOMPUTER JANGKA PENDEK SECARA PERSONAL COACHING DI RUMAH

Ia diajar dengan jangka pendek dan ia mengambil masa dalam 5 ke 6 jam untuk disudahkan.  Sesuai untuk mereka yang tidak gemar belajar dalam kelompok yang ramai dan yang tiada masa cuti yang panjang untuk mengikuti kursus komputer yang biasa diadakan di pekan atau bandar. 

Program ini membantu anda yang ingin belajar dengan lebih fokus, menjimatkan masa dengan harga yang rendah. 

Kawasan perkhidmatan adalah di kawasan terpilih sekitar Melaka,  Negeri Sembilan,  Selangor dan Kuala Lumpur.

BAYARAN :

-  RM330.00 sahaja.

Buat masa ini, hanya Kursus Asas Komputer sahaja yang diadakan.

Klik pautan ----> https://wa.me/message/YCKHBK6625QXN1 untuk mesej melalui Whatsapp bagi tempahan tarikh belajar dan mengetahui sama ada lokasi rumah anda terpilih atau tidak.


( Iklan ini telah dikemaskini pada 20 November 2023 )

Belajar Kursus Asas Komputer di rumah

Ini adalah promosi terkini yang dibuat bagi percubaan memenuhi keperluan rakyat negeri Melaka yang ingin mempelajari asas-asas berkaitan dengan penggunaan komputer.

Kursus Asas Komputer akan diadakan di rumah peserta mengikut tarikh / masa yang ditempah lebih awal. Subjek-subjek yang diajar adalah sama tetapi saya selaku tenaga pengajar akan datang ke rumah memberi ilmu dengan lebih peribadi lagi mengikut keselesaan peserta

Kursus ini asalnya berjumlah 2 hari, tetapi dengan belajar di rumah, ia menjadi sehari yang bermula pada waktu pagi dan berakhir pada waktu petang (6 jam ++).


Syarat-syaratnya ialah :

1) Pilih tarikh dan masa sekurangnya DUA HARI LEBIH AWAL dari tarikh yang diinginkan.

2) Buat pembayaran sekurangnya separuh dari nilai asal yuran kursus.

3) Sertakan bukti pembayaran

4) Baki yuran dibayar pada hari kursus bermula

5) Sijil penyertaan diperolehi selepas tamat kursus ataupun akan diberi melalui pos dalam dua atau tiga hari bekerja.

6) Mempunyai komputer yang dilengkapi program Microsoft Office sekurang-kurangnya versi 2007.

7) Mempunyai capaian internet (jika ada lebih baik)

8) Khas untuk kawasan sekitar Banda Melaka dan Alor Gajah


Subjek  :

- pengenalan komputer & internet 
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)

- perkakasan & perisian komputer  
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain

- penggunaan Microsoft Words, Power Point & Excel
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat jadual rekod)

Yuran :

- RM180.00 (bayar sekurangnya separuh untuk tempahan waktu belajar, dua hari sebelum kursus bermula)


Masa :

- Pagi 3 jam dan Petang 3 jam


Sekiranya ada yang berminat, hubungi saya di nombor Ol2 3l2 37O5 (Whatsapp / Call)...


Yang benar,

Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim
 - Pengasas ICT Niaga Enterprise
 - Panel Penasihat Industri, Unifield International College
 - Penganjur Kelas Belajar Komputer Dan ICT
 - Authorised Dealer for ONEXOX

Promosi Kursus Komputer dan ICT Jangka Pendek Negeri Melaka 2016


Promosi bermula dari Februari 2016 sehingga ada perubahan yang akan diberitahu kemudian.


SENARAI KURSUS JANGKA PENDEK "PERSONAL COACHING" YANG DISEDIAKAN  ( klik tajuk kursus di bawah untuk membaca maklumat lanjut ):

1. Kursus Asas Komputer (RM180 / lebih kurang 6 JAM)

2. Kursus Bisnes Affiliate Melalui Blog (RM180 / lebih kurang 6 JAM)

3. Kursus Asas Menjual Di Internet (RM80 / lebih kurang 2 JAM)

4. Kursus Asas Bina dan Selenggara Blog (RM180 / lebih kurang 6 JAM)

5. Pakej Kursus Asas Usahawan Di Internet (RM280 / lebih kurang 6 JAM)



Hanya di Kelas Belajar Komputer Dan ICT - Menjimatkan Masa Belajar Dan Duit Anda

Tempah sesi belajar sekarang juga :

Whatsapp / Telegram / Wechat : Ol23l237O5

Klik link berikut untuk baca biodata penganjur / pengajar ----> http://kelas-ict.blogspot.my/p/biodata-penganjur.html

Nak Belajar Komputer Tapi Tiada Banyak Masa?


Adakah anda merupakan lepasan SPM, pekerja kilang, suri rumah atau anda seorang yang ingin menambah ilmu sampingan untuk meningkatkan kerjaya atau sumber pendapatan?

Nak belajar sesuatu berkaitan komputer dan internet tetapi :

- sibuk bekerja, tiada masa untuk cuti panjang

- jadual waktu belajar tak sesuai, tidak kena dengan masa anda

- nak belajar tapi malu bercampur ramai dalam satu kelas

- yuran mahal, sangat terasa berat hati kalau nak keluar duit beratus-ratus ringgit


Tuan, puan, adik, abang dan kakak..., melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT, anjuran ICT Niaga Enterprise ( berada di Melaka ) , insha Allah masalah anda seperti di atas bukan lagi halangan untuk anda menuntut ilmu.  

Kursus-kursus yang diadakan di Kelas Belajar Komputer Dan ICT adalah :

- dijalankan secara jangka pendek
- cara pengajaran adalah menggunakan konsep "personal coaching". Satu sesi satu peserta sahaja.
- kadar yuran yang sangat berpatutan. Dah murah tau...
- sijil penyertaan diberi selepas tamat kursus.


Untuk menempah waktu (tarikh) belajar, anda boleh berbincang dengan  menghubungi :

Ahmad Zaki (Pengasas ICT Niaga Enterprise)  Ol2 3l2 37O5 (Call / Whatsapp)

Private Message di Facebook dengan "Like" Page :  Kelas Belajar Komputer Dan ICT

Untuk melihat senarai kursus yang dijalankan, sila klik pautan (link) berikut :

--->  http://kelas-ict.blogspot.my/p/senarai-kursus_17.html


Ok... Yuran dah murah... Masa fleksibel.... tapi kalau nak lagi diskaun...boleh ke?   Kalau berlaku kecemasan dan tak dapat datang ke hari yang dijanjikan, bagaimana?

JANGAN RISAU. Hubungi nombor telefon di atas dengan kaedah yang telah dinyatakan.  Hal kecil je tu..boleh bawa bincang...




^*^*^*^*^*^

Pesanan dari penganjur :

Saya merupakan usahawan sepenuh masa yang berpengkalan di Alor Gajah, Melaka.  Kursus jangka pendek yang dianjurkan diadakan menggunakan kemudahan di UTC Melaka (Jalan Hang Tuah). 

Temujanji atau perbincangan hendaklah dibuat terlebih dahulu di Whatsapp atau Facebook sebelum berkeinginan datang ke UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Ahmad Zaki bin Abdul Rahim [ Ol2 3l2 37O5 ]
*Pengasas ICT Niaga Enterprise
*Panel Penasihat Industri, Unifield International College
*Penganjur Kelas Belajar Komputer Dan ICT
*Sub Dealer ONEXOX



BIODATA RINGKAS PENGANJUR / PENGAJAR

Kelas Belajar Komputer Dan ICT ini adalah program yang dijalankan oleh ICT Niaga Enterprise yang dimiliki oleh Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim iaitu bekas pelajar dan mahasiswa lepasan Giatmara Kota Melaka, Melaka dan Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Beliau telah lebih 10 tahun berpengalaman dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet. Beliau juga merupakan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia) untuk Unifield International College.

Program ini direka bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk masyarakat setempat mengetahui dan menguasai asas komputer dengan lebih cepat, lebih murah dan lebih santai.

Kursus ini dijalankan secara "personal coaching"
. Jumlah peserta yang sedikit akan memudahkan soal jawab serta lebih penumpuan berbanding dengan kursus di dalam kelas yang besar dengan berpuluh orang peserta.


Kenapa di sini lebih murah?
Murah kerana kos operasi telah berjaya dikurangkan. Penganjur tidak menyewa tempat yang mahal dan tidak menyediakan peralatan yang mewah tetapi cukup untuk para pelajar selesa dan santai untuk menuntut ilmu.



Tarikh kemaskini iklan : (09 Januari 2016)


Kursus ICT untuk usahawan desa dan kecil



Para peniaga atau usahawan pada zaman kini (terutamanya usahawan dari desa atau mereka yang berniaga secara kecil-kecilan) perlu segera mengubahkan strategi pemasaran dan pengiklanan bagi memastikan pelanggan lebih mudah untuk memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam keselesaan mereka di rumah dengan mencari maklumat di internet.

Internet bukan lagi sekadar medan untuk hiburan, tetapi sebagai "kapal" untuk para usahawan berlayar lebih jauh dalam perniagaan.

Untuk tujuan itu, bagi membantu usahawan industri desa dan peniaga kecil-kecilan mempelajari caranya, maka ICT Niaga Enterprise melalui program Kelas Belajar Komputer Dan ICT, selaku penyedia kursus jangka pendek berkos rendah di Melaka telah menganjurkan kursus yang bersesuaian.

Tidak perlu fikirkan perkara rumit untuk melakukan perniagaan di internet, anda boleh mempelajarinya dengan lebih mudah... insha Allah.

Antara kursus yang sesuai untuk usahawan kecil / desa atau mereka yang baru dalam penggunaan internet untuk berniaga ialah :


***Klik tajuk kursus di bawah untuk maklumat lanjut***


*Kursus Asas Bina & Selenggara Blog

*Kursus PhotoScape

*Kursus Bisnes Affiliate Melalui Blog

*Kursus Asas Internet Marketing

*Kursus Asas Menjual Di Internet



^*^
Pesanan dari penganjur :

Saya merupakan usahawan sepenuh masa yang berpengkalan di Alor Gajah, Melaka.  Kursus jangka pendek yang dianjurkan diadakan menggunakan kemudahan di UTC Melaka (Jalan Hang Tuah). 

Temujanji atau perbincangan hendaklah dibuat terlebih dahulu di Whatsapp atau Facebook sebelum berkeinginan datang ke UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka.


Yang benar,

 
Ahmad Zaki bin Abdul Rahim [ Ol2 3l2 37O5 ]

*Pengasas ICT Niaga Enterprise
*Panel Penasihat Industri, Unifield International College
*Penganjur Kelas Belajar Komputer Dan ICT
*Sub Dealer ONEXOX




Percuma kadsim ONEXOX dengan penyertaan Kursus Asas Komputer



Istimewa untuk bakal peserta kursus jangka pendek dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT yang dianjurkan oleh ICT Niaga Enterprise, khasnya bagi Kursus Asas Komputer.

Jika anda membuat pembayaran penuh semasa tempahan awal, anda akan mendapat simcard ONEXOX secara percuma.

Promosi ini terhad kepada 5 orang yang pertama sahaja setiap bulan.

Untuk rujukan mengenai Kursus Asas Komputer serta maklumat pendaftaran, sila klik ---> Kursus Asas Komputer atau hubungi Ol23l237O5


Untuk rujukan mengenai ONEXOX, sila klik ---> Onexox Tanjung Rimau

Kursus Asas Komputer Semasa Ramadhan 2015


Untuk makluman bakal peserta, Kursus Asas Komputer dan kursus-kursus lain dijalankan seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan ini, kecuali terdapat cuti umum.

Maka sempena bulan Ramadhan ini, semua kursus yang berlangsung selama dua hari boleh dipendekkan kepada sehari iaitu peserta mengambil sesi pagi yang bermula jam 9.00 pagi dan sesi petang bermula jam 2.00 petang dalam hari yang sama. Sijil penyertaan diperolehi selepas tamat kursus.

Syarat-syarat :

-Menempah tarikh awal dua hari dari tarikh yang dipilih
-Membuat bayaran separuh dari yuran sebagai penempahan kelas. (Yuran penuh RM180.00)
-Baki bayaran dibuat selepas tamat kursus (pada masa yang sama)
-Datang dengan minat dan keinginan untuk belajar.

Untuk pertanyaan, pendaftaran dan pembayaran, sila hubungi :

OI2 312 37O5 
(waktu panggilan 10.00 pagi - 5.00 petang)

Belajar komputer dengan mudah di Melaka


Assalamualaikum, Salam sejahtera...

Di Kelas Belajar Komputer Dan ICT, kami memudahkan urusan untuk anda mendapatkan pendidikan berkaitan dengan penggunaan komputer dan dunia ICT.  Kursus-kursus yang dijalankan di sini adalah sesuai untuk golongan pelajar serta mereka yang bekerja.

Dengan mendaftar di sini, anda akan memperolehi kursus berkaitan komputer dan ICT yang :

Fleksibel
-Anda boleh pilih hari dan masa yang sesuai. Kursus yang kami anjurkan adalah secara "Personal Coaching" (bimbingan peribadi). Oleh itu ia boleh diselaraskan mengikut kesesuai masa anda.

Mudah
-Urusan pendaftaran dan pembayaran tidak terlalu menyusahkan atau memeningkan fikiran anda. Dengan cara yang mudah difahami dan kos yang murah (berpatutan), anda boleh terus datang belajar walaupun tanpa pen dan kertas.

Cepat
-Kursus di sini tidak lama kerana anda diajar perkara yang paling utama dan penting sahaja.  Sesuai untuk anda yang sibuk dan bekerjaya.

Murah
-Kami menjimatkan masa belajar anda sekaligus menjimatkan duit anda.  Kami mengajar


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati blog pendidikan kami atau hubungi melalui nombor telefon seperti yang tertera pada gambar di atas.


Pemilik Kelas Belajar Komputer Dan ICT serta ICT Niaga Enterprise iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim, boleh dihubungi melalui :

 

 


Harga Diskaun Belajar Komputer Lepasan SPM di Melaka


Peluang istimewa untuk lepasan SPM di Melaka. Anda diberi diskaun untuk mempelajari Kursus Asas Komputer apabila menyertai kelas di bawah kelolaan ICT Niaga Enterprise. 

Dengan silibus atau subjek yang mudah dikuasai serta cara pengajaran yang ringkas, cepat dan padat, insya Allah anda dapat memahami dan menguasai kemahiran asas komputer tanpa perlu masa yang lama.


( INI ADALAH KURSUS JANGKA PENDEK )



Belajar Komputer Berkonsepkan Personal Coaching


ICT Niaga Enterprise adalah perniagaan yang telah dijalankan sejak tahun 2007 telah mengadakan kursus jangka pendek belajar komputer berkonsepkan "personal coaching" ( bimbingan peribadi ). Ini bermaksud hanya seorang peserta sahaja untuk satu sesi yang akan diajar.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang tidak selesa belajar dalam kalangan jumlah peserta yang ramai, kesuntukkan masa dan juga untuk mereka yang tidak suka belajar komputer terlalu lama.

Pengasas ICT Niaga Enterprise sendiri iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim yang menjadi tenaga pengajar untuk kursus ini.  Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet, beliau yakin dapat membantu orang ramai khususnya rakyat di negeri Melaka untuk menguasai dan memiliki kemahiran peringkat asas dalam penggunaan komputer serta aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi.

Beliau juga merupakan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia) untuk Unifield International College.

Untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan melalui Kelas Belajar  Komputer Dan ICT, sila rujuk pada muka surat "Senarai Kursus"


Belajar Komputer Sempena CUTI SEKOLAH


Kelas Belajar Komputer Dan ICT akan mengadakan kursus jangka pendek khas untuk pelajar-pelajar sekolah sempena cuti sekolah seperti butiran berikut:-

Nama Kelas KURSUS ASAS KOMPUTER 

Umur : 15 hingga 17 Tahun ( juga dibuka pendaftaran sehingga umur 45 tahun ) 

Jangka masa kursus2 HARI ( 3 jam hari pertama, 3 jam hari kedua ) 

(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 9.30 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.30 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada petang) 

*Bayaran  :  RM100.00 (harga asal RM180.00)

(bayaran DUA HARI sebelum kursus bermula)
*pembayaran melalui bank-in, ATM Transfer atau Paypal sebelum kelas bermula

Subjek  :
- pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)


- perkakasan & perisian komputer
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain


- penggunaan Microsoft Words, Power Point & Publisher
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat helaian iklan)


Maklumat penting

**Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus 

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan. 

**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar ( sila klik Cara Pembayaran ). Untuk harga diskaun sila bayar penuh. 

**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka 

**Kursus ini disokong oleh Kelab Usahawan GIATMARA Melaka 

Alamat Penganjur :

ICT Niaga Enterprise
(Kelab Usahawan GIATMARA Melaka)
Tingkat 4 Kompleks Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.

012 312 tiga tujuh kosong lima (Ahmad Zaki)
(Hanya untuk mereka yang serius dan benar-benar ingin mendaftar dan MEMBAYAR sahaja yang dilayan)
 

Tempahan Tarikh Kelas : 

- Setiap hari (mengikut jadual dan kekosongan) 

- Anda juga boleh hubungi saya di FanPage Facebook dengan klik logo Facebook di sebelah atas kanan blog ini, kemudian klik like bagi membolehkan anda menghantar mesej kepada saya.


Sila salin gambar kupon dibawah pada telefon anda dan tunjukkan semasa datang berkursus :