Kepentingan name card dan brochure

 

Name card dan business card yang dalam bahasa Melayunya dipanggil kad nama dan kad perniagaan serta brochure iaitu risalah, adalah salah satu kaedah yang boleh dikatakan tradisional namun masih ada keperluannya di zaman kini.  

Ia sebagai "tiket" untuk memulakan perbualan dan diberikan kepada kelompok sasaran anda sebagai sokongan tambahan pengenalan diri bagi tujuan tertentu terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan walaupun perniagaan sekecil manapun hatta si penjual apam balik, penjual pisang goreng dan nasi lemak perlu juga memilikinya.

Jika digunakan pada waktu yang tepat, ia memudahkan kita untuk saling berhubung dengan memberikan maklumat berkenaan dengan perniagaan atau jawatan kita. Ia juga memudahkan kita menyimpan maklumat tentang pelanggan, pembekal, kawan, peniaga, atau sesiapa sahaja  yang dirasakan perlu diingati atau dihubungi kemudian hari.

Bagi ahli perniagaan, ianya adalah salah satu cara promosi jangka panjang juga jangka pendek serta memudahkan para pelanggan atau bakal pelanggan untuk menghubungi pemilik perniagaan kembali. Potensi kecemerlangan diri dan perniagaan anda bermula dari sekeping kertas!.

Oleh itu ICT Niaga Enterprise melalui blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT, menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara merekabentuk kad nama atau kad bisnes juga risalah dengan menggunakan perisian Microsoft Office Publisher.

Perisian ini biasanya sudah ada di dalam komputer anda kerana ia merupakan pakej yang terdapat dalam Microsoft Office yang turut mengandungi perisian lain seperti Word, Power Point dan Excel.

Untuk maklumat lanjut, sila klik Kursus Asas Microsoft Office Publisher

Kursus Asas Microsoft Office Publisher

Microsoft Office Publisher adalah program penerbitan perniagaan yang membantu anda mencipta, reka bentuk, dan menerbitkan bahan-bahan pemasaran dan komunikasi profesional. Anda boleh membuat bahan-bahan untuk cetak, e-mel, dan web dengan persekitaran tugas berasaskan intuitif yang membimbing anda membuat kerja-kerja rekaan yang telah dipermudahkan dengan panduan yang disediakan pada halaman kerja.

Kelas Belajar Komputer dan ICT telah menyediakan kursus subjek tunggal serta memberikan anda peluang untuk mempelajari perisian Microsoft Office Publisher.  Malah hanya dengan menyertai kursus jangka pendek ini, anda sudah boleh membuat sendiri rekaan kad nama atau kad perniagaan (business card) dan helaian iklan (flyers advertisment).

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Promosi bayar yuran kursus komputer dengan makanan


ICT Niaga Enterprise melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT melancarkan promosi sempena hujung tahun 2013 dan awal tahun 2014 iaitu "Promosi Menukar Makanan Kepada Ilmu Komputer".

Antara kursus yang termasuk dalam program promosi ini ialah Kursus Asas Microsoft Office Word, Kursus Asas Komputer, Kursus Asas Bina Dan Selenggara Blog.  Yang menariknya mengenai kursus ini, anda boleh menukarkan nilai bayaran kursus dengan nilai makanan seperti beras, roti, sardin dan sebagainya pada kadar nilai separuh daripada jumlah bayaran kursus.

Contohnya sekiranya harga kursus yang dipilih bernilai RM120.00, anda hanya perlu membayar dengan makanan yang pelbagai jenis, berjumlah RM60.00 sahaja. Satu tawaran yang sangat berbaloi dan sangat jarang dijumpai dalam abad ini dan ianya hanya terdapat di Melaka sahaja atau lebih tepat lagi di ICT Niaga Enterprise.

Tetapi jika kursus berkenaan adalah bawah dari pada RM100.00, nilai pertukaran tidak berubah. Contohnya jika kursus bernilai RM60.00, nilai barangan makanan mestilah RM60.00 juga.

Promosi ini bermula dari awal bulan Disember 2013 hingga akhir bulan Januari 2014.  Jika sambutan menggalakkan, ia mungkin akan diteruskan pada bulan berikutnya.

Usah leka..., jangan tak peduli... Peluang begini datang jarang sekali...

REBUT PELUANG INI SEBELUM IANYA TAMAT...!!!

TEMPAH TEMPAT DAN JADUAL ANDA SEKARANG..!!! :

Nombor Telefon untuk dihubungi :

Ahmad Zaki - o123I2 37o5
(Pengasas ICT Niaga Enterprise)

  • Sijil penyertaan akan diberi dalam masa 5 hari bekerja
  • Program ini disokong oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka


PERHATIAN !
  • SILA sms dahulu 5 minit sebelum membuat panggilan dengan menyatakan pengenalan diri serta tujuan call yang akan dibuat. (10.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Call tanpa sms kemungkinan panggilan tidak dijawab dengan segera.