Cara menempah sesi penyertaan kursus jangka pendek


Berikut merupakan cara-cara (langkah demi langkah) bagi menempah (membuat bayaran deposit yuran) untuk sesi belajar kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT

1) Pilih tarikh yang diinginkan.

2) Kemudian maklumkan pada penganjur / pengajar (Zaki), AWAL DUA HARI dari tarikh yang dipilih agar memudahkan pengaturan jadual.

3) Sekiranya tarikh berkenaan ada kekosongan dan tiada cuti umum, maka bakal peserta boleh membuat pembayaran tempahan (RM100.00) dengan segera bagi "cop kan" tarikh berkenaan hanya untuk peserta itu sahaja.

4) Setelah pembayaran tempahan dibuat, kemukakan gambar slip bank berkenaan pada whatsapp (Ol231237O5) beserta dengan NAMA PENUH & NOMBOR KAD PENGENALAN (untuk dicetak pada sijil penyertaan).

5) Peserta hadir pada tarikh dan waktu yang dipilih dan membuat pembayaran baki yuran pada hari berkenaan.



SENARAI KURSUS JANGKA PENDEK "PERSONAL COACHING" YANG DISEDIAKAN  ( klik tajuk kursus di bawah untuk membaca maklumat lanjut ):

1. Kursus Asas Komputer (RM180 / 6 JAM)

2. Kursus Bisnes Affiliate (RM100 / 3 JAM)

3. Kursus Asas Menjual Secara Online (RM80 / lebih kurang 2 JAM)

4. Kursus Bina dan Selenggara Blog (RM180 / lebih kurang 6 JAM)

5. Kursus Asas Usahawan Di Internet (RM280 / lebih kurang 6 JAM)



Hanya di Kelas Belajar Komputer Dan ICT - Menjimatkan Masa Belajar Dan Duit Anda

Tempah sesi belajar sekarang juga 

Whatsapp / Wechat : Ol23l237O5

Klik link berikut untuk baca biodata penganjur / pengajar ----> http://kelas-ict.blogspot.my/p/biodata-penganjur.html

Sertai Kursus Asas Komputer di hujung tahun 2016



Kursus Asas Komputer ini sesuai untuk pelajar lepasan sekolah lepasan SPM ataupun bagi pekerja kilang ataupun juga individu yang ingin memperbaiki dan menambah pengetahuan dalam asas penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.

Kursus ini dijalankan secara jangka pendek dan "personal coaching", sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk menghadiri kelas yang panjang dan yang merasa segan untuk belajar dalam kelas yang ramai.  Personal Coaching bermaksud seorang peserta dalam satu sesi.

Bakal peserta boleh memilih tarikh yang diinginkan dan maklumkan pada penganjur agar dapat disesuaikan dengan jadual. Jika tarikh yang dipilih sesuai, maka buat pembayaran deposit sebagai tempahan untuk tarikh berkenaan.

Berikut adalah maklumat yang perlu bakal peserta tahu :

Nama Kelas KURSUS ASAS KOMPUTER



Jangka masa kursus2 HARI ( Lebih Kurang : 3 jam hari pertama, 3 jam hari kedua )

(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI AWAL.

Sesi pagi bermula pukul 9.00 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada pagi sahaja)



*Bayaran  :  RM180.00 

(bayaran dua hari sebelum kursus bermula)
*pembayaran melalui bank-in atau ATM Transfer dua hari sebelum kelas bermula

Subjek  :

👍  pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)

👍 perkakasan & perisian komputer  
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain

👍 penggunaan Microsoft Words, Power Point & Excel
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat jadual rekod)



MAKLUMAT PENTING :

👉 Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus
👉 Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.
👉 Sila tunjukkan bukti pembayaran deposit (slip ATM) melalui aplikasi Whatsapp ( O12 3l2 37O5 )
👉 Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka, berdasarkan tempahan yang telah dibuat awal sahaja.

👉 Kursus ini diajar sendiri oleh Pengasas ICT Niaga Enterprise / Panel Penasihat Industri, Unifield International College iaitu Encik Ahmad Zaki.

Alamat & Nombor Telefon Penganjur :

ICT Niaga Enterprise
Batu 20 1/4,
Tanjung Rimau Dalam,
78000 Alor Gajah, Melaka.

012 312 tiga tujuh kosong lima (Whatsapp / Wechat)
(Hanya untuk mereka yang serius dan benar-benar ingin mendaftar dan MEMBAYAR sahaja yang dilayan)

Landasan efektif untuk pengiklanan di internet



Pengiklanan mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri, iaitu terhadap pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial.  

Fungsinya ini mampu untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada orang ramai yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan serta pekerjaan. Dengan bantuan internet (rangkaian sambungan komputer seluruh dunia), pengiklanan menjadi lebih berkesan dan berbaloi terutamanya untuk mereka yang mempunyai perniagaan baru atau kecil-kecilan.

Pengiklanan di internet terbahagi kepada dua iaitu yang PERCUMA dan BERBAYAR. Kedua-duanya mempunyai kelebihannya yang tersendiri penyebaran maklumat yang luas ke dunia siber.

Berikut adalah antara "platform" yang boleh digunakan untuk menjalankan pengiklanan di internet :

PENGIKLANAN PERCUMA

Pengiklanan percuma ini memerlukan pengorbanan masa dan juga mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya. Ini adalah kerana anda harus memilih tempat-tempat yang sesuai untuk beriklan supaya tidak di anggap sebagai 'spam'. Di mana nak beriklan? Terdapat 5 tempat yang boleh anda beriklan iaitu di Blog, Forum, Media Sosial (Facebook), YouTube dan satu lagi dengan menulis Artikel.


Menulis Artikel
Menulis artikel berkenaan produk anda / industri anda dan meletak 'link' ke website atau pun 'signature' pada akhir artikel anda adalah juga pengiklan yang percuma. Selepas itu anda boleh muatnaik ke direktori artikel. Buat masa ini hanya artikel dalam bahasa inggeris mempunyai kelebihanjika anda ingin memasuki pasaran yang lebih luas.

Blog
Berinteraksi di blog orang lain dapat secara tidak lansung membuat iklan percuma dengan meletakkan website anda pada nama anda. Ia juga boleh dijadikan sebagai 'back-link' kepada website anda. Tetapi ianya harus menjurus kepada blog-blog yang berkaitan dengan industri / produk anda. Sebagai contoh anda menjual produk kecantikan, maka anda berinteraksi pada blog-blog yang membincangkan tentang kecantikan. Rujuk pada contoh dibawah:

YouTube
Dengan menyediakan sebuah video tentang produk anda samada melalui persembahan slide atau juga penerangan produk anda merupakan salah satu cara beriklan. Anda boleh meletakkan 'Call To Action' pada akhir setiap video anda di mana terdapat alamat website anda.

Media Sosial (Facebook)
Facebook adalah salah satu medium yang paling aktif dan ia adalah yang terbaik untuk digunakan bagi mengiklankan perniagaan anda Jadi ahli pada group-group yang berkaitan dengan industri anda dan juga pesaing anda. Komen melalui 'Fan Page' anda dengan berkongsi tip-tip yang berkaitan dengan industri anda. Anda juga boleh beriklan pada page-page yang membenarkan untuk beriklan dengan syarat-syarat tertentu seperti mengajak rakan-rakan anda 'Like' page tertentu dan sebagainya.

Forum
Forum juga medium yang terbaik untuk beriklan. Cuma kebiasaannya anda harus mendaftar ke forum tersebut dan memahami syarat-syarat forum tersebut. Jika tersalah langkah beriklan, anda mungkin akan di gantung keahlian dan di senaraihitamkan. Cari forum yang aktif dan mempunyai ramai ahli. Komen di forum tersebut dengan memberi pandangan, tip-tip dan apa sahaja mengenai topik yang dibincangkan. Salah satu tip yang boleh dikongsikan beriklan secara tidak langsung ialah dengan meletakkan alamat website anda pada 'signature' anda.




PENGIKLANAN BERBAYAR

Pengiklanan berbayar ini lebih cepat mendatangkan hasil berbanding dengan percuma. Ada pepatah inggeris mengatakan 'Use Money To Make More Money' amat bertepatan dengan iklan berbayar ini. Anda boleh menggunakanBanner, Google Adwords dan Facebook Ads untuk beriklan.

Banner
Anda boleh membuat banner anda sendiri dan diletakkan pada website dan blog orang lain. Kebiasaanya harga bergantung kepada populariti, saiz dan lokasi banner yang diletakkan pada sesuatu website atau blog. Banner yang berkesan harus mempunyai elemen A-I-D-A. Apa itu A-I-D-A?

A - Attention (Menarik Perhatian) = gunakan warna yang menarik perhatian, i.e. merah, gunakan animasi, gunakan teks yang menarik dan senang di baca.

I - Interest (Menarik Minat) - letakkan manfaat, emosi serta kebaikan kepada pengguna.

D - Desire (Keinginan) - sertakan barangan percuma, diskaun serta tawaran lain dengan pembelian produk / servis anda.

A - Action (Tindakan) - letakkan arahan meminta bakal pelanggan mengambil tindakan dan cara melanggan pada banner / bunting.


Google Adwords
Iklan melalui Google Adwords ini berdasarkan pengiklanan teks yang akan keluar pada blog dan carian di google. Iklan ini berdasarkan pada 'Pay Per Click' atau PPC. Bagi setiap klik yang dibuat oleh pencari di internet pada iklan, anda akan di cas oleh pihak Google. 

Jadi iklan teks anda haruslah menggunakan teknik tapisan teks dan juga menggunkan 'keyword' atau kata kunci yang berkaitan dengan produk / industri anda.

Facebook Ads
Ia amat hebat kerana anda boleh mendapat sasaran micro (khusus) seperti jantina, umur, bahasa, kegemaran, dan lain-lain lagi. Jadi iklan anda tidak akan di lihat oleh orang yang bukan mengikut sasaran anda - bermakna iklan tidak sia-sia. 

Secara amnya waktu perdana untuk beriklan (di Malaysia) adalah pukul 9.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang dan 9.00 malam.  Kesimpulannya paparkan iklan diwaktu rehat bagi kebanyakkan tempat di Malaysia ini kerana waktu itu penggunaan internet akan lebih memuncak.