JIMATKAN MASA kursus komputer di Melaka


ICT Niaga Enterprise melalui program Kelas Belajar Komputer Dan ICT telah dianjurkan sejak tahun 2010 dan berpengalaman menganjurkan kursus berkaitan komputer anjuran bersama Giatmara Melaka.

Dengan penganjuran terkini, yang disokong oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka, Kelas Belajar Komputer Dan ICT dapat menjimatkan masa belajar anda dengan penganjuran kursus jangka pendek.  Anda tidak perlu berbulan lamanya untuk belajar asas komputer hanya untuk perkara yang sama berulang-ulang.

Oleh itu, kursus komputer jangka pendek ini direka khas bagi anda yang ingin mempelajaran asas dalam penggunaan komputer dan ICT tetapi mempunyai masa yang terhad.  Maka anda amat dialu-alukan untuk menyertai Kelas Belajar Komputer Dan ICT anjuran ICT Niaga Enterprise dengan disokong oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka.

Terdapat juga kursus khas untuk para usahawan kecil-kecilan atau usahawan baru untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan ke internet.

Untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik perkataan di bawah ini :



Jadual kursus semasa bulan Ramadhan 2014

 

Kepada bekas peserta dan mereka yang bakal menyertai kursus...

Pada bulan Ramadhan 2014 nanti, semua kelas atau kursus tetap diadakan. Waktu kursus akan bermula pada jam 10.30 pagi untuk sesi pagi.  Manakala untuk sesi petang bermula pada jam 3.00 petang. Ia diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad.  Sila buat tempahan kursus DUA HARI lebih awal.

Jika anda dari negeri lain dan datang bercuti di Melaka sempena musim cuti raya nanti, juga dialu-alukan untuk menyertai sebarang kursus yang ditawarkan. Sila rujuk pada ruangan "SENARAI KURSUS"


*Nota :
- Jika anda ingin belajar komputer pada malam raya pun boleh diaturkan dengan syarat beritahu awal-awal...
- Kelas dan kursus dijalankan berdasarkan temu janji sahaja.


Kursus Asas Menjual Di Internet



Kursus yang diwujudkan ini adalah khas untuk mereka yang belum pernah menjual di internet

Jika sebelum ini anda mungkin sudah mengetahui serba sedikit mengenai penggunaan Facebook dan blog sebagai cara membuat promosi jualan atau perkhidmatan, namun ada lagi kaedah lain yang telah wujud lebih awal dari Facebook.

Ada landasan yang boleh digunakan untuk anda membuat promosi tanpa memerlukan Facebook atau laman web.

Jika teknik ini digunakan dengan betul dan cara pengiklanan yang nampak kemas, tidak mustahil anda sudah boleh berjaya dengan membuat jualan online tanpa kos permulaan yang besar.

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....