Salah faham dan salah tafsiran : Saya mohon kemaafan

 


Saya menerima banyak mesej yang bertanya soalan yang sama. Dalam iklan telah dinyatakan lokasi dan cara kursus diajar. 

Setiap kali menjawab soalan melalui mesej Whatsapp, saya akan cuba ringkaskan jawapan dna cuba jawab dengan ayat yang normal dan sebaik yang mungkin ( kebanyakkan ayat dari copy - paste ). Tapi akan ada orang yang salah anggap dan membaca mesej dengan fikiran serta nada suara yang negatif. 

Masing-masing ada masalah peribadi terutamanya dikala PKP ini. Maafkan saya kerana tidak dapat bermanis mulut pada setiap masa.

Paling penting, perkataan yang saya guna tidak mencarut atau memaki si penghantar mesej. Namun si penghantar mesej tidak boleh dinasihati dan mahu dibelai sahaja rupa-rupanya... 🤦😞




Yang disalah anggap,

* Ahmad Zaki

- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Pengajar Kelas Belajar Komputer dan ICT

- Mantan Panel Penasihat Industri, bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage