Kelas Belajar Komputer Dan ICT ini adalah program yang dijalankan oleh ICT Niaga Enterprise yang dimiliki oleh Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim iaitu bekas pelajar dan mahasiswa lepasan Giatmara Kota Melaka, Melaka dan Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
Beliau telah lebih 15 tahun berpengalaman dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet. Beliau juga merupakan mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia) untuk Unifield International College.
Program ini direka bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk masyarakat setempat mengetahui dan menguasai asas komputer dengan lebih cepat, lebih murah dan lebih santai.
Kursus ini dijalankan secara "personal teaching". Jumlah peserta yang sedikit akan memudahkan soal jawab serta lebih penumpuan berbanding dengan kursus di dalam kelas yang besar dengan berbelas atau berpuluh orang peserta.
Kenapa perlu memilih beliau sebagai pengajar peribadi anda ?
Beliau mengajar secara persendirian, terus berhadapan dengan seorang peserta dalam satu sesi yang ditempah awal dan tidak mengambil masa lama untuk menyudahkan kursus tetapi cukup untuk para pelajar selesa serta faham apa yang diajarkan.